Realme U1 dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 710 sahaja
Realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pro-selfie mereka yang pertama dan ianya dikenali sebagai Realme U1.
Realme U1 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.3-inci dengan takukan teardrop. Ianya adalah panel skrin yang sama seperti pada Realme 2 Pro dan dengan resolusi 1080 x 2340 dengan nisbah skrin kepada badan 90.8%.
Skrin paparan ini hadir dengan lapisan gelas keselamatan 2.5D Corning Gorilla Glass 3 selain panel belakang yang diperbuat dari akrilik yang merupakan plastik dengan penapilan seperti kaca.
Sebagai telefon pintar selfie pertama Realme, U1 hadir dengan kamera hadapan 25MP ( Sony IMX576) dengan 0.9µm piksel dan teknologi pixel binning.
Pada bahagian belakang pula, Realme U1 mewarisi spesifikasi kamera Realme 2 iaitu kombinasi dwi-kamera 13MP + 2MP.
Selain itu, Realme U1 juga menjadi telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan pemproses Helio P70 yang disertakan dengan GPU Mali-G72 MP3.
Selain itu, Realme U1 hadir dengan dua kapasiti RAM dan memori dalaman iaitu 3/32GB dan 4GB/64GB.
Cip pemprosesan Helio P70 ini juga menjanjikan pretasi gaming yang konsisten iaitu pada kadar bingkai 60fps dan ianya turut hadir dengan Color OS 5.2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo.
Realme U1 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh yang mempunyai sokongan pantas 10W namun masih dengan pengunaan slot microUSB.
Realme U1 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan emas dengan harga penjualan INR 11,999 (RM 710) bagi versi 3GB/32GB dan INR 14,999 (RM 892) bagi versi 4GB/64GB.