Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S10 versi 5G akan hadir dengan 12GB RAM dan 4 kamera dibelakang

Samsung Galaxy S10 versi 5G akan hadir dengan 12GB RAM dan 4 kamera dibelakang 1

Penganlisa di GF Securities mendakwa bahawa telefon pintar flagship Samsung bagi tahun 2019 iaitu Galaxy S10 akan hadir didalam versi 5G dan model ini akan memiliki 12GB RAM dan 1TB (1000GB) memori.

Selain itu, Samsung Galaxy S10 versi paling premium ini akan turut memiliki skrin paparan Infinity Display berukuran 6.7-inci dan tetapan 6 kamera ( 4 dibelakang dan 2 kamera selfie).

Walaubagaimanapun, khabar angin awal mengatakan bahwa Galaxy S10 akan hadir dengan 512GB memori dalaman sahaja dan Samsung mungkin menawarkan tambahan 512GB melalui kad microSD seperti pada Galaxy Note9.

Selain itu, Samsung akan menjadi syarikat pertama untuk menawarkan 12GB RAM pada telefon pintar dengan rekod kapasiti RAM pada telefon pintar adalah sekitar 10GB (Mi Mix 3).

Samsung Galaxy S10 versi 5G ini juga akan hadir dengan panel belakang seramik dan salah satu daripada empat sensor kamera dibelakang dikatakan merupakan sensor 3D TOF.

Pengunaan 4 kamera pada telefon pintar bukanlah sesuatu yang baru bagi Samsung memandangkan Samsung Galaxy A9 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999 merupakan telefon pintar pertama didunia untuk memiliki tetapan kamera ini.

Samsung Galaxy S10 bersama-sama Samsung Galaxy S10 Plus dijangka akan dilancarkan ke pasaran sekitar bulan Februari atau Mac 2019.

Pasaran Malaysia dijangka akan menjadi antara pasaran terawal untuk menerima telefon pintar flagship Samsung ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.