Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan ‘Jumaat Hitam’ Switch membolehkan anda memiliki iPhone pada harga serendah RM 999

Penjualan ‘Jumaat Hitam’ Switch membolehkan anda memiliki iPhone pada harga serendah RM 999 1

Minggu lalu, penjualan 11.11 menyaksikan tawaran menarik daripada pelbagai syarikat pengeluar telefon pintar.

Hari ini bermula satu lagi kempen yang dikenali sebagai ‘Black Friday’ dan Switch yang merupakan salah satu wakil pengedar sah produk Apple di Malaysia telah mengumumkan tawaran istimewa bagi beberapa model iPhone dengan tawaran serendah RM 999.

Penjualan ‘Jumaat Hitam’ Switch membolehkan anda memiliki iPhone pada harga serendah RM 999 2

Switch akan menawarkan Apple iPhone 6, iPhone 6S Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dengan diskaun sebanyak RM 100 bagi setiap model.

iPhone 6 32GB Gold RM999 

iPhone 6s Plus 32GB RM1669 

iPhone 7 32GB RM2099

iPhone 7 128GB RM2549 

iPhone 7 Plus 32GB RM2649 

iPhone 7 Plus 128GB RM3099 

Tawaran istimewa daripada Switch ini boleh dinikmati selama tiga hari (23 November – 25 November) di stor atas talian Switch atau di Lazada.

Switch online store : http://ow.ly/WSY650jLjD2

Lazada: http://ow.ly/KMKF50jLjD1

Selain daripada model yang tersenarai di atas, Switch tidak menawarkan diskaun bagi model iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone X, iPhone 8 Plus dan iPhone 8.

Tempahan Apple iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max akan dibuka 19 Oktober ini dengan harga dari RM 3,599

Penjualan ini boleh dilihat sebagai lebih kepada penjualan untuk menghabiskan stok dan bukanya penjualan khas sempena black friday.

Selain itu, produk Apple yang lain seperti iPad, iWatch ataupun iPod juga tidak menerima sebarang harga penjualan khas sempena Black Friday ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.