Honor Magic 2 dilancarkan secara rasmi dengan 6 kamera dan pemproses Kirin 980
Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pertama mereka dengan pemproses Kirin 980 iaitu Honor Magic 2.
Honor Magic 2 juga menjadi telefon pintar kedua untuk hadir dengan reka bentuk kamera selfie yang tersembunyi seperti pada Mi Mix 3 namun Honor Magic 2 hadir dengan 3 kamera dibahagian dan 3 kamera dibahagian belakang.
Honor Magic 2 juga hadir dengan skrin paparan AMOLED tanpa takukan berukuran 6.39-inci yang menawarkan resolusi 2340 x 1080( nisbah skrin kepada badan 91.3%), pemproses 7nm Kirin 980 dengan dual-NPU, dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6GB/128GB atau 8GB/256GB (tak ada 10GB RAM macam Mi Mix 3).
Selain itu, Honor Magic 2 juga memiliki tetapan tiga kamera dibahagian belakang iaitu sensor utama 16MP f/1.8, sensor monokrom 24MP f/1.8 dan sensor lensa lebar 16MP f/2.2.
Pada peluncur Honor Magic 2, terdapat tiga kamera hadapan yang tersembunyi iaitu satu unit kamera 16MP f/2.0 yang dipadankan dengan dua kamera 2MP f/2.4 untuk mod bokeh dan 3D portrait.
Bagi versi Honor Magic 2 3D Light pula, 2 kamera sampingan digantikan dengan sensor inframerah dan dot projektor untuk teknologi pengecaman wajah 3D ( juga hadir dengan sistem penyejukan graphene).
Selain itu, Honor Magic 2 juga memiliki bateri berkapasiti 3,500mAh dengan teknologi pengecasan pantas Magic Charge 40W yang mampu memberikan 85% pengecasan didalam masa 30 minit, Android 9.0 Pie, slot dwi-SIM Nano dan GPS dwi-frekuensi.
Honor Magic 2 akan hadir dengan harga penjualan seperti berikut :
Honor Magic 2 6GB/128GB – CNY 3,799 (RM 2,283)
Honor Magic 2 8GB/256GB – CNY 4,799 (RM 2,884)
Honor Magic 2 versi 3D Light 8GB/512GB – CNY 5,799 (RM 3,484)
Buat masa ini Honor Magic 2 hanya akan ditawarkan di pasaran China namun pelancaran ke pasaran antarabangsa mungkin akan bermula sekitar penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.