Telefon pintar Realme akan memasuki pasaran Malaysia pada 7 November ini
Realme secara rasminya telah memgesahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 7 November ini dan sebagai permulaaan, Realme mungkin akan memperkenalkan beberapa model telefon pintar terbaru mereka yang telah disahkan akan ditawarkan di pasaran antarabangsa.
Sebanyak 3 model Realme yang bakal dilancarkan pada 7 November ini ialah Realme 1C, Realme 2 dan Realme 2 Pro.
Berikut adalah spesifikasi tiga telefon pintar Realme yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia.
Realme 2 Pro
Realme 2 Pro hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci dengan reka bentuk panel skrin ‘dew-drop’, pemproses Snapdragon 660 dan beberapa kapasiti RAM dan storan dalaman iaitu 4GB/64GB, 6GB/64GB dan 8GB/128GB.
Realme 2 Pro juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 16MP f/1.7 + 2MP selain kamera selfie 16MP f/2.0.
Selain itu, Realme 2 Pro juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, Color OS 5.2 berasaskan Android Oreo dan bateri berkapasiti 3,500mAh.
Realme 2
Realme 2 pula merupakan versi yang lebih murah berbanding versi pro dan ianya hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 450, dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB RAM/64GB selain bateri berkapasiti 4,230mAh.
Realme 2 juga hadir dengan tetapa dwi-kamera dibelakang namun ianya adalah kombinasi kamera 13MP + 2MP manakala kamera selfie hanya lah unit 8MP dengan aperture f/2.2.
Realme 2 juga menampilkan reka bentuk panel belakang ‘diamond cut’ seperti pada Oppo F9.
Realme C1
Selain dua model dari Realme 2, Realme turut membawa masuk Realme 1C yang merupakan model paling murah yang ditawarkan syarikat ini.
Realme C1 ini juga hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Snapdragon 450, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,320mAh.
Kamera Realme C1 adalah sensor dwi-kamera dibahagian belakang iaitu kombinasi 13MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 2MP.
Kesemua telefon pintar ini dijangka akan mempunyai harga penjualan yang amat kompetitif .