Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 846

Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 846 1

Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 846 2

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan dua model baru yang akan menjadi sebahagian dari keluarga peranti flagship Mi 8.

Model yang kami maksudkan adalah Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro yang sebelum ini dikatakan akan memiliki nama Mi 8 Youth dan Mi 8 Screen Fingerprint.

Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 846 3

Mi 8 Pro adalah model Mi 8 Explorer Edition bagi pasaran antarabangsa san ianya ditawarkan didalam tambahan dua warna iaitu biru dan emas selain warna lutsinar.

Mi 8 Pro akan mewarisi kesemua spesifikasi Mi 8 Explorer Edition dengan sensor capjari terbina pada skrin selain IR Face Unlock menggantikan 3D Structure Face unlock yang disertakan pada Mi 8 Explorer Edition.

Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 846 4

Xiaomi Mi 8 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.21-inci, pemproses Snapdragon 845, dua kapasiti RAM iaitu 6GB atau 8GB dengan bateri sekitar 3,000mAh.

Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 846 5

Selain itu, Mi 8 Pro juga memiliki teknologi dwi-kamera 12MP f/1.8 + 12MP f/2.4 dan kamera selfie 20MP.

Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 846 6

Bercakap mengenai Mi 8 Lite pula, ianya hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.26-inci, dwi-kamera 12MP + 5MP, kamera selfie 24MP dan bateri berkapasiti 3,350mAh.

Mi 8 Lite hadir dengan sensor capjari pada panel belakang dan ditawarka didalam 4 warna iaitu biru,ungu, oren dan kuning.

Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 846 7

Harga penjualan Xiaomi Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite adalah seperti berikut :

Xiaomi Mi 8 Pro 6GB/128GB – CNY 3,200 (RM 1933)

Xiaomi Mi 8 Pro 8GB/128GB – CNY 3,600 (RM 2,175)

Xiaomi Mi 8 Lite 4GB/64GB – CNY 1,400 (RM 846)

Xiaomi Mi 8 Lite 6GB/64GB – CNY 1,700 (RM 1,027)

Xiaomi Mi 8 Lite 6GB/128GB – CNY 2,000 (RM 1,208)

Penjualan kini telah bermula dipasaran China namun buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai pelancaran ke pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.