5 Fakta Pemproses Kirin 980 Yang Perlu Anda Tahu
Pemproses Kirin 980 yang dilancarkan di IFA awal bulan ini merupakan pemproses 7nm pertama didunia.
Walaubagaimanapun iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max menjadi telefon pintar pertama didunia dipasaran untuk hadir dengan pemproses Apple A12 Bionic yang juga hadir dengan arkitektur 7nm.
Telefon pintar pertama dengan pemproses Kirin 980 hanya akan tiba pada bulan Oktober 2018 iaitu Mate 20 dan Mate 20 Pro.
Berikut adalah fakta-fakta penting pemproses Kirin 980 :
- Kirin 980 adalah berasaskan proses 7nm yang menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 20% selain penjimatan bateri sehingga 60% ( kepadatan transistor adalah 1.6 kali ganda).
- Kirin 980 juga menjadi pemproses pertama didunia untuk hadir dengan GPU Mali G-76 yang menawarkan prestasi yang lebih dan pada masa yang sama penjimatan bateri yang luar biasa. Berbanding GPU yang dimiliki Kirin 970, ianya menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 46% dengan pengunaan tenaga 178% lebih rendah.
- Kirin 980 juga merupakan pemproses pertama didunia untuk hadir dengan modem LTE Cat.21 dengan kelajuan sokongan Wi-Fi sehingga 1743Mbps.
- Kirin 980 juga hadir dengan Image Signal Processing 4.0 yang dibangunkan oleh Huawei sendiri dan ianya menawarkan sokongan lebih banyak sensor kamera, penghasilan warna yang lebih tepat dan gambar waktu malam yang lebih baik tanpa kekaburan yang keterlaluan.
- Kirin 980 juga hadir dengan teknologi Dual-Frequency GPS yang menggunakan dua saluran iaitu L1 dan L5 yang memberikan ketepatan GPS 10x ganda lebih baik.
Dengan teknologi yang ada pada pemproses Kirin 980, Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober nanti sudah pasti akan menunjukkan potensi sebenar pemproses terbaru Huawei ini.