Gambar Xiaomi Mi 8 Screen Fingerprint Edition Tersebar
Sebelum ini kami pernah melaporkan mengenai dua model baru bagi telefon pintar utama Xiaomi Mi 8 iaitu Mi 8 Youth dan Mi 8 Screen Fingerprint.
Bercakap mengenai Mi 8 Screen Fingerprint Edition, ianya adalah model Mi 8 yang akan memiliki teknologi sensor capjari dibawah skrin dan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 845.
Selain itu, dengan pengunaan sensor capjari dibawah skrin, Mi 8 Screen Fingerprint Edition juga boleh disahkan akan hadir dengan panel OLED yang mungkin mempunyai resolusi QHD+.
Mi 8 Youth dan Mi 8 Screen Fingerprint Edition mungkin dilancarkan tidak lama lagi
Warna yang akan ditawarkan pada edisi khas ini juga berlainan dari Mi 8 yang asal dan ianya adalah warna gradasi.
Sebagi rekod, Mi 8 Explorer Edition juga hadir dengan sensor capjari dibawah skrin namun ianya hadir dengan panel belakang lutsinar.
Xiaomi Mi 8 Screen Fingerprint Edition ini dijangka akan dilancarkan bersama-sama Mi 8 Youth Edition di China pada 19 September ini.