Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 1

DJI secara rasminya telah melancarkan dua dron terbaru mereka iaitu DJI Mavic 2 Pro dan DJI Mavic 2 Zoom ke pasaran Malaysia.

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 2

Reka bentuk kedua-dua Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom adalah sama seperti Mavic Pro namun kedua-dua dron ini adalah 19% lebih aerodinamik dengan kelajuan maksima 72km sejam didalam mod Sport ( sensor pengelak halangan dinyahaktifkan).

Selain itu, DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom juga hadir teknologi ActiveTrack 2.0 dan dengan 10 sensor mengelak halangan yang akan mengekalkan dron DJI ini sebagai yang terbaik dipasaran didalam mengesan dan mengelak halangan.

Kedua-dua dron Mavic 2 ini juga dikatakan lebih senyap berbanding Mavic Pro.

Perbezaan terbesar antara Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom adalah pada kamera.

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 3

Mavic 2 Pro hadir dengan kamera CMOS Hasselblad berukuran 1-inci dengan profil warna 10-bit Dlog-M yang menjanjikan tangkapan gambaran dengan warna yang 4 kali lebih mendalam.

Kamera ini juga membolehkan anda merakam video 4K pada kadar 100Mbps, gambar 20MP dengan aperture boleh ubah dari f/2.8-f/11 yang memberikan anda kebebasan tambahan.

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 4

Sebagai perbandingan, Mavic 2 Zoom pula hadir dengan kamera CMOS 1/2.3-inci dan dengan zoom optik 2x. Selain itu, terdapat juga zoom digital 2x yang memberikan anda fungsi lensa telefoto.

Mavic 2 Zoom juga boleh mengambil video 4K pada 100Mbps, gambar resolusi 12MP namun optik zoom ini juga hadir dengan fungsi gambar Super Resolution yang mencantum 9 gambar menjadi satu gambar dengan resolusi 48MP.

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 5

Waktu penerbangan dron DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom adalah sekitar 31 minit.

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 6

DJI Mavic 2 Pro hadir dengan harga penjualan RM 6,599 termasuk SST manakala Mavic 2 Zoom pula hadir dengan harga RM 5,699 termasuk SST.

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 7

Pakej Fly More Kit yang hadir dengan dua bateri tambahan, hub pengecasan, pengecas didalam kereta, adapter bateri kepada powerbank, dua kipas tambahan dan beg akan ditawarkan pada harga RM 1,399.

DJI Mavic 2 Pro dan DJI Mavic 2 Zoom akan mula ditawarkan di Malaysia pada lewat bulan ini melalui wakil penjual sah DJI termasuk ECS Astar Sdn Bhd dan Lazada.

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 8DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 9DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 10DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom kini di Malaysia dengan harga dari RM 5,699 11

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.