Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola P30 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk seperti iPhone X

Motorola secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Motorola P30 yang mempunyai reka bentuk ala iPhone X dengan screen yang mempunyai takukan.

Motorola P30 dengan nama seperti telefon pintar utama Huawei hadir dengan skrin paparan IPS FHD+ berukuran 6.2-inci, ianya adalah skrin 19:9 yang merupakan satu ciri biasa pada telefon pintar.

Beralih kepada bahagian dalaman, Motorola P30 hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 berkelajuan 1.8GHz, GPU Adreno 509, 6GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 64GB dan 128GB.

 

Reka bentuk modul kamera Motorola P30 ini mungkin sama seperti Apple iPhone namun sensor yang digunakan adalah berbeza dan dibangunkan oleh OmniVision

Motorola P30 ini hadir dengan sensot 16MP + 5MP mempunyai aperture f/1.8 dan f/2.2.Ianya turut hadir dengan sokongan PDAF, flash LED dwi-tona dan sokongan mod bokeh.

Kamera selfie Motorola P30 ini adalah 12MP dengan aperture f/2.0.

Motorola P30 ini hadir dengan ZUI 4.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo, USB-C, slot microSD, sensor capjari dan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Motorola P30 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, hitam dan aurora biru.

Berikut adalah harga penjualan Motorola P30 mengikut kapasiti :

Motorola P30 6GB/64GB- CNY 1,999 – RM 1,186

Motorola P30 6GB/128GB – CNY 2,099 – RM 1,245

Buat masa ini Motorola P30 masih eksklusif untuk pasaran China namun pelancaran rasmi antarabangsa mungkin berlangsung di IFA 2018 yang akan berlangsung bulan hadapan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.