Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sistem Operasi Android 9.0 Pie mula ditawarkan kepada pengguna

Google secara rasminya telah mengumumkan bahawa generasi ke-9 sistem operasi Android kini telah mula ditawarkan kepada pengguna.

Android P yang dikenali sebelum ini kini secara rasminya telah dinamakan sebagai Android Pie dan ini merupakan kali pertama didalam tiga tahun sistem operasi Android tidak mempunyai nama jenama komersial.

Android Pie ini direka untuk menjadikan telefon anda lebih pintar dengan mempelajari dan menyesuaikan diri kepada corak penggunaan anda. 

Android Pie juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Bateri Mudah Suai (Adaptive Battery), yang mempelajari aplikasi-aplikasi yang paling kerap anda gunakan dan mengutamakan kuasa bateri untuk aplikasi tersebut, dan Kecerahan Mudah Suai (Adaptive Brightness), yang mempelajari penetapkan kecerahan kegemaran anda ketika situasi-situasi berbeza, dan melakukannya untuk anda.

Android 9.0 Pie juga membantu anda melakukan sesuatu dengan lebih pantas menggunakan Tindakan Aplikasi (App Actions), yang meramalkan apa yang anda mahu lakukan seterusnya berdasarkan konteks, dan memaparkan tindakan tersebut terus pada telefon anda. 

Katakan anda sedang bersedia untuk perjalanan ke tempat kerja anda pada pagi hari Selasa: anda akan menerima cadangan tindakan seperti mengemudi ke tempat kerja menggunakan Google Maps atau sambung mendengar buku audio dengan Google Play Books. Dan apabila anda memasangkan fon kepala selepas waktu kerja, anda mungkin akan melihat pilihan untuk menghubungi ibu anda atau memulakan senarai muzik Spotify kegemaran anda.

Dengan Android 9.0 , telefon anda lebih pintar dan bersesuaian dan pada masa yang sama  lebih mudah untuk digunakan. 

Dalam Android Pie, Google telah memperkenalkan navigasi sistem baharu yang memfokuskan kepada pengunaan butang ‘home’ sahaja.

Ini amat berguna kerana telefon pintar masa kini semakin meningggi, dan ia menjadi lebih sukar untuk melakukan sesuatu pada telefon anda dengan satu tangan. Dengan butang ‘home’  tunggal yang ringkas, anda boleh meleret ke atas untuk melihat Gambaran Keseluruhan (Overview) yang baharu. Ia merupakan tempat di mana anda boleh melihat pratonton skrin penuh aplikasi yang anda gunakan baru-baru ini, hanya dengan sekali pandang.

Bermula hari ini, kemas kini OTA (over the air) Android 9.0 Pie akan mula ditawarkan kepada telefon-telefon Google  Pixel. 

Dan peranti-peranti yang menyertai program Beta dari Sony Mobile, Xiaomi, Nokia HMD Global, Oppo, Vivo, OnePlus dan Essential.

serta semua peranti Android One yang layak, akan menerima kemas kini ini pada hujung musim luruh ini. 

Maklumat lanjut mengenai Android 9 Pie boleh diketahui di sini

 

Untuk rumusan berkenaan Android 9 Pie, klik di sini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.