Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga penjualan Huawei P20 dan P20 Pro kini dari RM 2,299 sahaja

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa harga penjualan rasmi Huawei P20 dan Huawei P20 Pro kini lebih murah berbanding sebelum ini.

Huawei P20 kini hadir dengan harga penjualan RM 2,299 manakala Huawei P20 Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,899 sahaja.

Dengan harga penjualan yang baru ini, Huawei sudah pastinya mempunyai impian untuk mengekalkan kedudukan No.2 telefon pintar dunia mengatasi Apple.

Sebelum ini, Huawei P20 hadir dengan harga penjualan RM 2,452 manakala Huawei P20 Pro pula hadir dengan harga penjualan RM 3,112 ( selepas pemansuhan GST).

ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua

Menyentuh sedikit mengenai Huawei P20 dan Huawei P20 Pro, sebanyak 9 juta unit telefon pintar ini telah dijual diseluruh dunia sejak pelancaranya pada bulan Mac yang lalu.

penurunan harga ini sudah pastinya membuatkan lebih ramai pengguna mempercepatkan pembelian telefon pintar terbaru mereka memandangkan pada bulan September, cukai SST akan mula dikuatkuasan.

Lima ciri kamera Huawei P20 yang perlu anda tahu

Walaubagaimanapun, harga penjualan ini dilihat masih tinggi jika dibandingkan dengan penjualan di Lazada dan Shopee yang membolehkan anda membeli Huawei P20 serendah RM 1,995 – klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.