Telefon pintar gaming Honor Play akan dibuka untuk tempahan pada 7 Ogos ini
Telefon pintar gaming Honor Play yang akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos ini telah disahkan akan turut dibuka untuk tempahan pada hari yang sama dan mempunyai peluang untuk memenangi percutian ke Köln, Jerman.
Selain itu, Honor Malaysia melalui laman sesawang hihonor.com.my juga telah membuka pendaftaran minat atau ‘pre-book’ yang mana anda akan menerima bauchar RM 30 secara percuma ( dari 1 hingga 6 Ogos).
Selain itu, bagi anda yang menonton siaran langsung majlis pelancaran ini, anda berpeluang memenangi bauchar RM 50.
Kepada spesfikasi, Honor Play ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci (2340 x 1080), pemproses kelas flagship Kirin 970 yang turut digunakan pada Honor View 10 dan Honor 10, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas melalui port USB-C.
Sebagai peranti yang memfokuskan kepada gaming, Honor Play ini memiliki banyak penambahan dari segi perisian antaranya adalah mod GPU Turbo dan sokongan AI yang menawarkan pengalaman getaran peranti yang sama seperti Sony DualShock yang ditawarkan pada Sony PlayStation.
Selain itu, Honor Play juga hadir dengan kamera belakang 16MP + 2MP yang memiliki teknologi AI seperti pada Honor 10, kamera selfie 16MP yang menawarkan sokongan Bokeh dan 3D portrait.
Honor Play ini dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru dan ungu namun buat masa ini harga penjualanya masih belum diketahui.
’pre-book’ di sini sekarang