Sony melancarkan sensor kamera telefon pintar 48MP pertama didunia
Sony secara rasminya telah memperkenalkan teknologi sensor kamera terbaru bagi telefon pintar yang dikenali sebagai Sony IMX586.
Sony IMX586 memiliki resolusi 48MP dengan setiap satu sensor mempunyai saiz 0.8 μm dan akan ditawarkan pada telefon pintar mulai September 2018.
Sony mendakwa sensor baru ini akan meningkatkan jumlah kiraan piksel yang membolehkan peranti menghasilkan gambar berkualiti tinggi walaupun dengan pengunaan zoom digital.
Sony IMX586 mengimplimentasikan pengunaan teknologi Quad Bayer 2×2 yang memberikan gambar dan video waktu malam yang lebih berkualiti tanpa kekaburan yang keterlaluan.
Pada keadaan cahaya yang baik, sensor ini akan kembali menggunakan pemproses gambar yang biasa namun masih mengekalkan resolusi 48MP.
Modul kamera ini boleh dikatakan sebagai generasi baru kamera 40MP Huawei P20 Pro yang turut mempunyai tetapan ‘Quad Bayer’.
Telefon pintar pertama dengan sensor kamera 48MP iaitu Xperia XZ3 dijangka akan diperkenalkan di IFA 2018 pada bulan September ini .
Selain itu, sensor kamera ini mungkin akan turut digunakan pada generasi iPhone yang akan datang.