Oppo Find X dengan kamera tersembunyi kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,699
Telefon pintar flagship Oppo Find X kini telah tiba ke pasaran Malaysia dan ianya akan hadir dengan harga penjualan RM 3,699
Telefon pintar flagship futuristik Oppo ini hadir dengan kamera tersembunyi yang merupakan satu ciri unik pada telefon pintar Find X ini.
Bercakap mengenai spesifikasi, Oppo Find X hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi 1080+ yang melengkung pada sisi dan tanpa sebarang ‘notch’. Skrin ini mempunyai nisbah skrin-kepada-badan yang amat tinggi iaitu 93.8%.
Oppo Find X hadir dengan kamera utama dwi-kamera 16MP + 20MP manakala kamera hadapan adalah unit 25MP yang turut hadir dengan sensor 3D Scanner yang berfungsi sebagai pengecaman wajah dan teknologi pencantikkan beautify.
Oppo Find X turut hadir dengan pemproses Snapdragon 845, 8GB RAM, memori simpanan dalaman 256GB selain bateri berkapasiti 3,730mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC ( tiada sokongan pengecasan tanpa wayar).
Oppo Find X juga menjadi telefon pintar pertama Oppo untuk hadir dengan slot USB-C yang mana turut menyebabkan penyingkiran slot audio 3.5mm dan tiada juga sensor capjari.
Oppo Find X akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu gradiasi biru dan ungu dengan harga penjualan RM 3,699 dan pembelian boleh dibuat di Lazada Malaysia, stor konsep Oppo Malaysia, Shopee, 11street dan Celcom
Beli Oppo Find X melalui Lazada Malaysia di SiNi
Selain Oppo Find X, penawaran Oppo Find X Automobili Lamborghini turut membuat penampilan ketika majlis pelancaran.