Lima ciri kamera Huawei P20 yang perlu anda tahu
Sejak pelancaran Huawei P20 dan Huawei P20 Pro telah menetapkan penanda aras baru bagi teknologi pengambilan gambar pada telefon pintar ini.
Huawei P20 adalah telefon pintar yang telah diiktiraf sebagai telefon pintar dengan teknologi dwi-kamera terbaik di pasaran (ketika pelancaran) dengan pengiktirafan DxoMark yang meletakkanya ditempat kedua dengan 102 mata.
Huawei P20 hadir dengan teknologi dwi-kamera Leica generasi ketiga yang mana ianya adalah kombinasi sensor RGB 12MP dengan aperture f/1.8 dan unit sensor monokrom 20MP dengan aperture f/1.6.
Huawei P20 juga hadir dengan pemproses Kirin 970 yang turut memiliki NPU ( neural processing unit) yang memainkan peranan besar pada bahagian kamera telefon pintar ini melalui teknologi AI.
Berikut adalah 5 ciri kamera Huawei P20 yang perlu anda tahu
Mod pengambilan gambar waktu malam ‘Night Mode’
Sejak pengenalan mod malam pada Huawei P8 beberapa tahun lalu, setiap tahun, ciri ‘Night Mode’ yang dimiliki telefon pintar Huawei semakin matang.
Pada P20, Huawei akhirnya telah menyempurnakan kelemahan terakhir ciri ‘Night Mode’ ini. Jika anda sudah biasa dengan ciri ini pada peranti Huawei yang lain, anda pasti tahu bahawa mengambil gambar melalui ciri ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan anda menggunakan tripod kerana jika terdapat gegaran atau pergerakan, gambar malam melalui mod ini akan kabur dan hasil yang tidak memuaskan.
Walaubagaimanapun dengan teknologi pengstabilan AIS ( Artificial Image Stabilization), tripod kini tidak lagi diperlukan untuk mengambil gambar melalui ‘night mod’ ini.
Kamera Huawei P20 dengan bantuan AI akan menyingkirkan kesemua gegaran dan pergerakan ketika proses pengambilan gambar bagi menghasilkan gambar waktu malam yang lebih cerah dan berkualiti tinggi tanpa sebarang kekaburan.
Mod Portrait Huawei P20 yang tiada tandingan
Huawei boleh dianggap sebagai perintis yang telah membawa mod penggambaran portrait pada telefon pintar iaitu selepas berkerjasama dengan Leica buat pertama kali bagi model Huawei P9 dan Huawei P9 Plus.
Huawei P20 yang memiliki lensa dwi-kamera generasi ketiga Leica kini telah membawa teknologi penggambaran portrait ke satu tahap yang baru.
Huawei P20 hadir dengan kombinasi kamera 20MP + 12MP yang mampu memberikan anda gambar portrait kelas kamera professional DSLR yang mana latar belakang gambar dikaburkan tanpa mengkaburkan subjek yang difokus.
Mod light painting yang menarik dan unik
Melalui mod light painting yang dimiliki oleh Huawei P20, anda kini boleh menyimpan gambar-gambar menarik yang sebelum ini adalah mustahil.
Mod Silky Water
Gambar seperti ketika bermain bunga api, lukisan menggunakan lampu dan pengambilan gambar pengaliran air di air terjun dan sungai juga lebih menarik melalui mod ini.
Mod ‘light painting’ ini terdiri daripada beberapa fungsi berlainan yang boleh digunakan untuk mengambil gambar pada situasi berlainan.
Mod Light Graffiti
Antara kategori pengambaran yang ditawarkan dibawah mod light painting ini adalah traffic trails – untuk mengambil gambar aliran trafik dilebuhraya, Light Graffiti- grafiti menggunakan lampu, Star Trails – mengambil gambar pergerakan bintang pada waktu malam dan Silky Water – gambar aliran air sungai dan air terjun.
Mod gambar scenery dan greenery yang memberikan ‘nyawa’ kepada gambar anda
Mengambil gambar pada telefon pintar sebenarnya adalah sangat mudah dimana anda hanya perlu membuka aplikasi kamera dan menekan butang maya pada skrin.
Walaubagaimanapun, hasil bagi gambar yang diambil seperti ini tidak banyak berbeza dan banyak bergantung kepada pengguna.
Gambar yang diambil tanpa mod greenery
Namun dengan Huawei P20 yang memiliki pemproses Kirin 970 yang hadir dengan sokongan AI Scene Recognition mampu mengimbas keadaan yang diperlukan untuk pengambilan gambar dan memberikan anda tetapan terbaik untuk keadaan tersebut.
AI Scene Recognition ini membolehkan kamera Huawei P20 menawarkan tetapan gambar terbaik bagi 500 senario yang meliputi 19 kategori penggambaran.
Mod scenery adalah mod penggambaran pemandangan udara atau kawasan yang menarik manakala mod greenery adalah mod yang akan digunakan untuk mengambil gambar bunga atau pokok yang memerlukan kadar warna yang lebih tinggi.
Kamera Selfie 24MP berasaskan AI yang terbaik di pasaran
Huawei P20 hadir dengan kamera selfie 24MP yang merupakan antara telefon pintar dengan resolusi kamera selfie tertinggi di pasaran.
Walaubagaimanapun, kita perlu sedar bahawa dengan teknologi kamera yang maju, resolusi yang tinggi tidak menjamin kualiti gambar yang baik.
Bagi mengatasi kekurangan ini, Huawei telah menyertakan teknologi AI Selfie yang lebih memahami keadaan semasa penggambaran.
Dengan AI Selfie, Huawei P20 mampu mengambil gambar selfie yang lebih baik dan terang, memberikan hasil selfie yang lebih semulajadi tanpa mengenakan efek beautify yang keterlaluan dan fungsi perfect selfie yang menyimpan profil wajah anda sebelum mengenakan efek beautify.
Selain itu, kamera selfie 24MP Huawei P20 juga mempunyai kebolehan untuk mengambil gambar Groufie yang lebih baik terutamanya group Portrait tanpa menggaburkan rakan-rakan anda pada gambar.
Baca ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua
Spesifikasi utama Huaewei P20
⦁ Skrin paparan IPS LCD 18:7:9 berukuran 5.8-inci dengan resolusi FHD+
⦁ Pemproses Kirin 970
⦁ 4GB RAM/128GB memori dalaman
⦁ Bateri 3,400mAh dengan Huawei SuperCharge
⦁ Dwi-kamera Leica 12MP + 20MP dengan flash LED dwi-tona
⦁ Kamera selfie 24MP dengan AI
⦁ Harga : RM 2,452