Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei akan melancarkan telefon pintar pro gaming tahun ini

Huawei telah mengumumkan bahawa syarikat ini berhasrat untuk melancarkan telefon pintar khas gaming pada tahun ini dan pembangunan telefon pintar pro gaming ini telah pun bermula.

Presiden perniagaan pengguna Huawei, Jim Xu mengesahkan perkara ini didalam satu sesi temubual.

Pelancaran telefon pintar pro gaming ini dijangka akan berlangsung pada 6 bulan terakhir 2018 dan akan bersaing secara langsung dengan Razer Phone, Asus ROG dan Xiaomi Black Shark.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar ini diketahui namun ianya dijangka akan hadir dengan teknologi Huawei GPU Turbo yang diperkenalkan baru-baru ini.

Selain itu, Jim Xu juga mengesahkan bahawa Huawei akan melancarkan telefon pintar fleksibel pada tahun 2019 mengikut jejak langkah Samsung yang telah mengesahkan perancangan mereka ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.