Vivo NEX S dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie periskop
Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon Vivo NEX S dan Vivo NEX A yang merupakan telefon pintar berasaskan model konsep Vivo APEX.
Bercakap mengenai Vivo NEX S, ianya hadir dengan skrin paparan Ultra FullView berukuran 6.59-inci, ianya adalah panel Super AMOLED FHD+ dengan nisbah 19:3:9 dan resolusi 2316 x 1080p ( nisbah skrin kepada rangka 91.24%).
Disebabkan panel hadapan dipenuhi skrin, Vivo NEX S hadir dengan kamera selfie seperti periskop yang tersembunyi didalam rangka. Ianya adalah sensor 8MP dengan aperture f/2.0.
Earpiece juga telah disingkirkan dan diganti dengan teknologi Screen SoundCasting yang mampu menawarkan kualiti panggilan suara yang lebih baik.
Vivo NEX S juga hadir dengan pemproses kelas flagship Snapdragon 845, 8GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 128GB dan 256GB.
Sedikit mengecewakan, kamera Vivo NEX S hanya hadir dengan kombinasi dwi-kamera 12MP + 5MP yang turut disertakan pada Vivo X21 UD. Kamera ini hadir dengan sokongan AI, HDR dan penapis gambar.
Selain itu, Vivo NEX S juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh ( dengan pengecasan 22.5W), Funtouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, butang fizikal bantuan suaran Jovi.
Vivo NEX S akan mempunyai harga penjualan seperti berikut ;
Vivo NEX S 8GB/128GB – CNY 4,498 (RM 2,798)
Vivo NEX S 8GB/256GB – CNY 4,998 (RM 3,010)
Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai penawaran antarabangsa telefon pintar ini, namun ianya mungkin mengambil masa yang sedikit lama.