Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Z5 diumumkan secara rasmi dengan harga dari RM 820

Lenovo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Lenovo

Z5 yang sebelum ini mencuri tumpuan apabila dimaklumkan akan menjadi telefon pintar pertama tanpa bezel sepenuhnya dipasaran.

Walaubagaimanapun, Lenovo Z5 masih hadir dengan panel skrin yang memiliki DNA ‘notch dan bezel dibahagian bawah. Ianya adalah skrin paparan FHD+ berukuran 6.2-inci  dengan nisbah 19:9.

Lenovo Z5 hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 636 yang memiliki lapan teras Kyro 260, GPU Adreno 509, 6GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Lenovo Z5 juga tidak terkecuali untuk menggunakan perkataan AI pada kamera iaitu kombinasi kamera 16MP + 8MP dan kamera selfie 8MP 

Lenovo Z5 juga memiliki bateri berkapiti 3,300mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 18W, ZUI 4.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo dengan janji akan menerima kemaksini Android P sejurus selepas OS itu dilancarkan.

Lenovo Z5 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan aurora yang akan mempunyai warna lain mengikut keadaan cahaya.

Lenovo Z5 akan mula ditawarkan di pasaran China pada 12 Jun dengan harga penjualan seperti berikut : 

Lenovo Z5 6GB/64GB – CNY 1,299 (RM 808)

Lenovo Z5 6GB/128GB – CNY 1,799 (RM 1,120)

Tarikh penjualan global Lenovo Z5 ini masih belum diketahui namun.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.