Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X akan dilancarkan secara rasmi 19 Jun ini

Oppo Find X akan dilancarkan secara rasmi 19 Jun ini 1

Oppo Find X akan dilancarkan secara rasmi 19 Jun ini 2

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi baru telefon pintar flagship didalam siri Find akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Jun ini.

Oppo Find X adalah pengganti kepada Oppo Find 7 yang dilancarkan ke pasaran sebagai telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan QHD beberapa tahun lalu.

Buat masa ini, tidak ada maklumat rasmi mengenai Oppo Find X ini diketahui namun ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan FullView berukuran 6.42-inci, pemproses Snapdragon 845, 8GB RAM dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC Super Flash.

Oppo Find X juga akan hadir dengan teknologi pengecaman wajah 3D seperti pada iPhone X dan Mi 8, sensor capjari, dwi-kamera dan teknologi kamera selfie berasaskan AI

Oppo Find X ini akan dilancarkan di Paris, Perancis pada 19 Jun ini dan ianya dijangka akan memasuki pasaran didalam masa beberapa minggu selepas itu.

Oppo Find X dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

Oppo Find X akan dilancarkan secara rasmi 19 Jun ini 3 Oppo Find X akan dilancarkan secara rasmi 19 Jun ini 4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.