Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi S2 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 619

Xiaomi Redmi S2 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 619 1

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi S2 ke pasaran China dan ianya adalah model yang memiliki sedikit sebanyak persamaan dengan Redmi Note 5 yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.

Xiaomi Redmi S2 hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 5.99-inci dengan resolusi HD+, pemproses 8 teras Snapdragon 625 berkelajuan 2.0GHz, GPU Adreno 506 GPU dan MIUI 9 yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

Xiaomi Redmi S2 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 619 2

Redmi S2 ini akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 3GB + 32GB dan 4GB + 64GB, sensor capjari dibahagian belakang dan slot 2 SIM + 1 microSD.

Bercakap mengenai kamera, Redmi S2 hadir dengan kamera hadapan 16MP yang disertakan dengan teknologi AI, kamera belakang 16 + 5MP yang sama seperti pada Redmi Note 5 Pro.

 Xiaomi Redmi S2 ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu emas ros, emas dan perak.

Xiaomi Redmi S2 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 619 3

Harga penjualan Xiaomi Redmi S2 adalah seperti berikut :

Redmi S2 3GB/32GB – CNY 999 (RM 619)

Redmi S2 4GB/64GB – CNY 1,299 (RM 805)

Buat masa ini masih belum ada sebarang kepastian samada telefon pintar ini akan ditawarkan dipasaran antarabangsa.

Xiaomi Redmi S2 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 619 4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.