Papan digital pintar Samsung Flip kini di Malaysia
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan satu peranti produktiviti yang bakal mengubah senario mesyuarat dan pembentangan pemasaran di Malaysia.
Samsung Flip papan putih digital kini telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 12,999.
Flip adalah peranti yang disasarkan untuk menggantikan papan putih dan papan hitam di pejabat dan ianya hadir dengan skrin paparan UHD berukuran 55-inci yang turut menyokong sentuhan.
Ianya boleh dihubungkan telefon pintar melalui NFC, Miracast, HDMI dan USB 2.0.
Samsung Flip boleh digunakan secara menegak mahupun melintang dengan dan turut disertakan satu pen yang boleh digunakan untuk menulis, melukis dan memadam.
Samsung Flip ini hadir dengan pemproses terbina dalaman 8-teras Tizen CA72 berkelajuan 1.7GHz, 3GB RAM LPDDR 4, 8GB memori dalaman (hanya 5.35 boleh digunakan), 2 pembesar suara dan enjin grafik 2D dan 3D.
Samsung Flip mungkin bukan peranti yang disasarkan kepada anda namun ianya mungkin menarik minat “boss” anda.