Xiaomi akan membuka 6 lagi stor fizikal di Malaysia
Selain pelancaran Xiaomi Redmi Note 5 yang akan ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 799, Mi Malaysia turut mengumumkan statistik kedudukan syarikat ini di pasaran telefon pintar Malaysia.
Sehingga kini Xiaomi memiliki 3 stor fizikal di Malaysia namun pada bulan Mei akan menyaksikan tambahan 6 lagi stor fizikal Mi di seluruh negara.
Lokasi 6 Mi Store yang akan dibuka pada bulan Mei 2018 adalah seperti berikut :
•Dataran Pahlawan Mall, Melaka
•Aeon Bukit Tinggi Klang
•Paradigm Mall Johor Bahru
•Aman Central, Alor star, kedah
•Imago KK Time Square, Kota Kinabalu, Sabah
•Sunway Carnival, Prai, Penang
Selain itu, Xiaomi juga telah mengesahkan bahawa ianya adalah jenama telefon pintar paling laris di Lazada bagi suku pertama 2018 dan juga telah melonjak ke tempat ke-4 didalam pengeluar telefon pintar dunia dibelakang Apple, Samsung dan Huawei.