Semak status dan keputusan undian PRU 14 melalui aplikasi mySPR
Pilihan Raya Umum kali ke-14 telah disahkan akan diadakan pada 9 Mei ini dan pilihanraya tahun ini telah diberikan gelaran ‘ ibu segala pilihanraya’.
Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melancarkan aplikasi mySPR Semak yang kini ditawarkan bagi peranti Android dan iOS.
MySPR Semak merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif terkini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).
Di samping itu, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan semakan calon dan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Aplikasi ini diharap dapat membantu warganegara Malaysia untuk mencapai maklumat berkaitan urusan pilihan raya yang tepat dan sah secara terus daripada SPR dengan lebih mudah, pantas dan efektif.
Muat turun apikasi pada pautan dibawah :