Samsung Galaxy Note9 dijangka hadir dengan skrin 6.4-inci
Samsung Galaxy Note9 dilaporkan akan dilancarkan lebih awal dan berdasarkan khabar angin terbaru diambil dari sumber boleh yang dipercayai, ianya akan hadir dengan skrin paparan dan kapasiti bateri yang lebih besar.
Samsung Galaxy Note9 akan hadir dengan skrin paparan berukuran 6.4-inci dengan nisbah 16:9 dan teknologi skrin yang dikenali sebagai ‘Infinity Display’.
Selain itu, Samsung Galaxy Note9 juga dijangka akan mengadaptasi kamera yang dimiliki oleh Galaxy S9+ dan akan turut mendapat sokongan video gerak perlahan pada kadar 960fps.
Galaxy Note9 akan turut hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan bateri berkapasiti sehingga 4,000mAh iaitu peningkatan dari bateri berkapasiti 3,300mAh yang digunakan pada Galaxy Note8.
Dengan pelancaran lebih awal, Samsung dilihat mempunyai ruang masa yang lebih sempit untuk membangunkan produk ini namun insiden malang yang berlaku pada Galaxy Note7 dijangka tidak akan berulang.