Xiaomi Redmi Note 5 akan dilancarkan di Indonesia pada 19 April sebelum ke Malaysia
Xiaomi Redmi Note 5 adalah telefon pintar yang sentiasa mendapat perhatian pembaca kami dan telefon pintar ini semakin hampir memasuki pasaran Malaysia bulan ini.
Xiaomi Redmi Note 5 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia selepas pelancaran telefon pintar ini di Indonesia yang akan berlangsung didalam masa 9 hari sahaja lagi atau pada 19 April.
Xiaomi Redmi 5 juga telah dikesan di pangkalan data SIRIM yang membolehkan kita optimistik pelancaran telefon pintar ini di Malaysia sudah semakin hampir.
Xiaomi Redmi Note 5 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD Fullview FHD+ berukuran 5.5-inci dengan resolusi 2160 x 1080, pemproses Qualcomm Snapdragon 636, tiga kapasiti RAM iaitu 3GB, 4GB dan 6GB RAM yang dipadankan dengan 32GB atau 64GB memori simpanan dalaman dan tidak bateri berkapasiti 4,000mAh.
Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan kamera dwi-lensa 12MP dengan aperture f/1.9 dan sensor lebar 1.4μm selain teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera kedua dibahagian belakang adalah unit 5MP.
Pada bahagian hadapan pula, Redmi Note 5 hadir dengan kamera selfie 13MP yang berlatar belakangkan AI untuk fungsi seperti mod potrait, mod kecantikan dan teknologi ‘face unlock’ yang ditambahbaik dengan AI.
Xiaomi Redmi Note 5 ini juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 dengan port pengecasan micro USB.
Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan Android 8.0 Oreo yang disertakan dengan OS MIUI 9 selain sokongan Project Treble.
Akhir sekali, Redmi Note 5 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu hitam, biru, emas dan emas ros.
Berikut adalah harga Xiaomi Redmi Note 5 di China:
Redmi Note 5 3GB/32GB – CNY 1,099 (RM 680)
Redmi Note 5 4GB/64GB – CNY 1,399 (RM 865)
Redmi Note 5 6GB/64GB – CNY 1,699 (RM 1,051)