Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Gaming Xiaomi Black Shark akan dilancarkan 13 April ini

Black Shark secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan melancarkan telefon pintar khas untuk permainan video yang akan bersaing dengan satu lagi telefon pintar pro permainan video iaitu Razer Phone.

Razer secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Razer Phone

Jika anda tidak pernah mendengar tentang Black Shark seperti kami, ianya adalah syarikat yang disokong oleh Xiaomi dan pelancaran rasmi telefon pintar ini akan berlangsung pada 13 April.

Telefon pintar  Gaming ini akan hadir dengan pemproses kelas atasan Snapdragon 845 daripada Qualcomm, kapasiti RAM sekitar 6GB atau 8GB manakala kapasiti memori dalaman antara 64GB sehingga 256GB.

Selain itu, seperti telefon pintar Razer Phone, ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan yang mempunyai nisbah 120Hz yang akan menawarkan pengalaman permainan video yang lancar tanpa ‘lag’.

Dengan pelancaran telefon pintar gaming kedua ini, pasaran ini juga mungkin menjadi antara pasaran telefon pintar utama didalam masa beberapa tahun lagi.

Nantikan laporan kami mengenai telefon pintar pro gamer ini pada 13 April sejurus pelancaranya berlangsung.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.