Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P20 Lite dilancarkan secara rasmi

Huawei P20 Lite dilancarkan secara rasmi 1

Huawei secara rasminya telah melancarkan P20 Lite di pasaran China sebagai Nova 3e sebelum turut melancarkanya secara rasmi ke pasaran Eropah sebagai P20 Lite.

Huawei P20 Lite dilancarkan secara rasmi 2

Huawei P20 Lite hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.84-inci dengan resolusi FHD+ (1080 x 2280) dan mempunyai reka bentuk hampir sama seperti Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac ini.

Huawei P20 Lite dilancarkan secara rasmi 3

Selain itu, Huawei P20 Lite akan turut memiliki lekukan pada skrin hadapan dan ianya akan menempatkan kamera selfie 16MP.

Beralih kepada kamera utama pula, Huawei P20 Lite akan memiliki kamera 16MP yang disertakan dengan sensor 2MP khususnya untuk pengambilan gambar portrait dan tiada sebarang kerjasam Leica pada model ini.

Huawei P20 Lite akan turut hadir dengan pemproses Kirin 695 yang disertakan dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Huawei P20 Lite dilancarkan secara rasmi 4

Selain itu, Huawei P20 Lite akan hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari dibahagian belakang dan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo

Buat masa ini kami tiada sebarang maklumat samada Huawei P20 Lite akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak namun terdapat kemungkinan ianya memasuki pasaran tempatan dibawah nama lain.

Harga penjualan Huawei Nova 2 Lite adalah €369 atau sekitar RM 1,786.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.