Xiaomi Redmi Note 5 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 680
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi Note 5 ke pasaran China.
Xiaomi Redmi Note 5 hadir dengan skrin paparan IPS LCD Fullview FHD+ berukuran 5.5-inci dengan resolusi 2160 x 1080, pemproses Qualcomm Snapdragon 636, tiga kapasiti RAM iaitu 3GB, 4GB dan 6GB RAM yang dipadankan dengan 32GB atau 64GB memori simpanan dalaman dan tidak bateri berkapasiti 4,000mAh.
Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan kamera dwi-lensa 12MP dengan aperture f/1.9 dan sensor lebar 1.4μm selain teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera kedua dibahagian belakang adalah unit 5MP.
Pada bahagian hadapan pula, Redmi Note 5 hadir dengan kamera selfie 13MP yang berlatar belakangkan AI untuk fungsi seperti mod potrait, mod kecantikan dan teknologi ‘face unlock’ yang ditambahbaik dengan AI.
Xiaomi Redmi Note 5 ini juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 dengan port pengecasan USB-C.
Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan Android 8.0 Oreo yang disertakan dengan OS MIUI 9 selain sokongan Project Treble.
Akhir sekali, Redmi Note 5 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu hitam, biru, emas dan emas ros.
Harga penjualan Xiaomi Redmi Note 5 adalah seperti berikut
Redmi Note 5 3GB/32GB – CNY 1,099 (RM 680)
Redmi Note 5 4GB/64GB – CNY 1,399 (RM 865)
Redmi Note 5 6GB/64GB – CNY 1,699 (RM 1,051)