Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126

DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 1

Pendahulu didalam pasaran peranti Dron, DJI secara rasminya telah memperkenalkan satu dron baru yang dikenali sebagai DJI Mavic Air yang akan mengambil posisi diantara DJI Spark dan DJI Mavic Pro.

DJI Mavic Air hadir dengan kamera 1/2.3-inci CMOS yang mempunyai kebolehan merakam video 4K dan 1080p selain gambar pada resolusi 12MP. Mavic Air juga mempunyai 3-paksi gimbal yang menyingkirkan gegaran dan hentakan didalam formasi tiga dimensi.

DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 2

Mavic Air mempunyai kelajuan operasi maksima 68/kmh didalam mod sports dengan jarak 4KM dan DJI juga mendakwa dron baru ini mampu menahan kekuatan angin sehingga 22 batu sejam walaupun Mavic Air ini adalah 41% lebih ringan berbanding Mavic Pro.

DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 3

DJI juga telah menambahbaik teknologi pintar dan pengelakkan rintangan, Mavic Air menjadi dron pertama DJI untuk hadir dengan tiga hala pengelakkan iaitu hadapan, belakang dan bawah. sistem ini juga mempunyai ciri Advanced Pilot Assistance Systems (APAS) yang mana pengguna dibantu untuk mengelakkan sebarang halangan atau rintangan secara automatik.

DJI Mavic Air mempunyai waktu penerbangan diudara selama 21 minit iaitu pada kelajuan tetap 25kmh ( bateri berkapasiti 2375mAh) dan DJI juga telah melengkapkan Dron ini dengan sistem teknologi penyejukan yang lebih baik.

DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 4

DJI Mavic Air akan hadir dengan satu stik kawalan pada harga $799 (RM 3,126) bagi kombo biasa dan $999 (RM 3,909) bagi kombo Fly More.

Maklumat lanjut mengenai spesifikasi DJI Mavic Air ini boleh diketahui di laman sesawang rasmi DJI.

DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 5 DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 6 DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 7 DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 8 DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 9 DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 10 DJI secara rasminya melancarkan dron Mavic Air dengan harga penjualan dari RM 3126 11

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.