Sony Xperia XA2, XA2 Ultra dan L2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Sony Mobile secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang diperkenalkan di CES 2018 ke pasaran Malaysia.
Tiga model Xperia yang kami maksudkan adalah Sony Xperia XA2, Sony Xperia XA2 Ultra dan Sony Xperia L2 yang hadir dengan harga penjualan masing-masing RM 1,299 dan RM 1,999 dan RM 999.
Sony Xperia XA2 hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.2-inci, pemproses Snapdragon 630,3GB RAM, 32GB ROM dan bateri berkapasiti 3,300mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0 daripada Qualcomm.
Selain itu, Sony Xperia XA2 juga hadir dengan kamera utama 23MP Sony EXMOR dengan aperture f/2.0 selain kamera selfie 8MP yang mempunyai lensa lebar 120 darjah.
Bercakap mengenai Sony Xperia XA2 Ultra pula, ianya hadir dengan skrin paparan yang lebih besar iaitu 6.0-inci dengan resolusi yang sama seperti Xperia X2 Ultra selain pemproses dan juga kamera utama.
Selain itu, Xperia XA2 Ultra dijangka akan turut mempunyai kamera selfie dwi sensor 16MP + 8MP, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,850mAh dan Android 8.0 Oreo yang turut ditawarkan pada Xperia XA2.
Sony Xperia L2 yang merupakan peranti termurah antara tiga model ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.5-inci dengan resolusi HD 720p, pemproses MediaTek MT6737T , 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman selain bateri berkapasiti 3,300mAh.
Bercakap mengenai kamera, Xperia L2 hadir dengan kamera utama 13MP diikuti dengan kamera selfie 8MP.
Sony Xperia XA2 , Xperia XA2 Ultra dan Xperia L2 akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 9 Februari 2018 dengan tempahan dibuka lebih awal iaitu pada 20 Januari 2018.