Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ (2018) dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Samsung secara rasminya telah melancarkan Siri Galaxy A(2018) ke pasaran Malaysia dan model tahun ini hadir dengan nama Galaxy A8(2018) dan Galaxy A8+(2018).
Siri Galaxy A(2018) juga menyaksikan penawaraan lebih banyak teknologi pada telefon pintar ‘flagship’ seperti skrin paparan Infinity Display.
Bercakap mengenai spesifikasi, Galaxy A8(2018) hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.6-inci( 1080*2220), pemproses Octa-Core, 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.
Samsung Galaxy A8+( 2018) pula hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.0-inci( 1080*2220), pemproses Octa-Core, 6GB RAM , 64 memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,500mAh.
Bercakap mengenai kamera selfie yang dimiliki Samsung Galaxy A8(2018) dan Galaxy A8+(2018), ianya adalah unit dwi-kamera selfie yang pertama kali ditawarkan pada telefon telefon pintar Samsung.
Kamera ini memiliki satu sensor 16MP f/1.9 selain satu lagi sensor 8MP f/1.9 yang mampu mengambil gambar bokeh, mod live focus dan pengambilan selfie didalam air kerana telefon pintar ini hadir dengan pensijilan IP68.
Selain itu, Galaxy A8(2018) dan Galaxy A8+(2018) juga memiliki sokongan pengecasan pantas, Samsung Pay, LTE Cat.11, NFC, Bixby dan Mod Dual Messenger.
Samsung Galaxy A8(2018) dan Galaxy A8+(2018) akan ditawarkan didalam warna hitam, emas dan kelabu orkid pada harga penjualan RM 1,799 dan RM 2,499.
Penjualan akan bermula pada 19 Januari 2018 dan bagi pembeli terawal ( dari 19-21 Januari 2018), anda akan menerima satu unit powerbank Samsung 10,000mAh( RM 228) dan kad microSD 64GB (RM 189).