Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Powerbank Tronsmart Presto 10,000mAh – powerbank kompak 4x lebih pantas

ULASAN : Powerbank Tronsmart Presto 10,000mAh - powerbank kompak 4x lebih pantas 1

Tronsmart yang merupakan penyedia aksesori pengecasan paling innovatif didunia kini telah memasuki pasaran Malaysia dan salah satu daripada produk Tronsmart yang ditawarkan adalah powerbank Tronsmart Presto 10,000mAh dengan Quick Charge 3.0 dan teknologi pengecasan Huawei FCP.

Tronsmart presto adalah powerbank yang kompak dengan kapasiti 10,000mAh dan pengecasan yang dilakukan adalah pantas khususnya dengan sokongan Quick Charge 3.0 yang mampu memberikan jumlah pengecasan 4 kali lebih pantas berbanding tanpa teknologi Quick Charge.

ULASAN : Powerbank Tronsmart Presto 10,000mAh - powerbank kompak 4x lebih pantas 2

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan powerbank Tronsmart Presto dengan Quick Charge 3.0 ini, peranti yang dicas harus juga mempunyai sokongan Quick Charge yang disediakan oleh Qualcomm.

Pada Powerbank Presto 10,000mAh terdapat tiga slot pengecasan iaitu dua port untuk pengecasan peranti dan satu port untuk pengecasan powerbank ini.

Port berwarna hijau hadir dengan sokongan Quick Charge 3.0 yang mampu mengeluarkan output maksima 5V/3A, 9V/2A dan 12V/1.5A manakala port yang berwarna hitam dengan teknologi VoltiQ pula mampu mengeluarkan output maksima 2.4A.

Bagi mengecas powerbank Tronsmart Presto ini, input maksima yang disokong adalah 5V/3A, 9V/2A dan 12V/1.5A melalui port micro USB.

ULASAN : Powerbank Tronsmart Presto 10,000mAh - powerbank kompak 4x lebih pantas 3

Bercakap mengenai teknologi VoltiQ yang ditawarkan pada port berwarna hitam powerbank Tronsmart Presto ini, ianya adalah teknologi yang mampu melaraskan jumlah tenaga dan watt yang disalurkan pada peranti bagi pembekalan tenaga yang secukupnya dan juga tanpa pembaziran.

VoltiQ secara automatik mengesan peranti anda sebelum menawarkan kadar pengecasan pantas yang maksima.

Powerbank Tronsmart Presto ini kini boleh anda dapatkan di beberapa platform e-perdagangan di Malaysia seperti dibawah :
Lazada
11street
Lelong

Ketika ini, 11street menawarkan Powerbank Presto ini dengan diskaun tambahan iaitu pada harga RM 119 sahaja dan tawaran ini adalah untuk tempoh terhad sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk yang ditawarkan oleh Tronsmart di Malaysia anda boleh melayari laman sesawang rasmi Tronsmart Malaysia.

ULASAN : Powerbank Tronsmart Presto 10,000mAh - powerbank kompak 4x lebih pantas 4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.