Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar pertama didunia dengan sensor capjari terbina pada skrin akan diperkenalkan 10 Januari ini

Telefon pintar pertama didunia dengan sensor capjari terbina pada skrin akan diperkenalkan 10 Januari ini 1

 

Telefon pintar pertama didunia dengan sensor capjari terbina pada skrin akan diperkenalkan 10 Januari ini 2
Selepas Qualcomm telah memperkenalkan teknologi sensor capjari terbina didalam skrin, Vivo mencuri tumpuan apabila mengesahkan bahawa syarikat pengeluar telefon pintar ini akan menjadi yang pertama untuk mengeluarkan telefon pintar dengan teknologi ini.

Selepas pengumuman ini, Vivo telah mula mempamerkan prototaip telefon pintar ini dan kini versi akhir telefon pintar ini sudah sedia untuk diperkenalkan secara rasmi.

Vivo telah memuat turun gambar teaser dengan perkataan “unlock the future” dan memberikan pengesahan rasmi telefon pintar Vivo ini akan diperkenalkan di CES pada 10 Januari ini.

Buat masa ini maklumat penuh telefon pintar ini masih samar namun kami akan memberikan anda maklumat penuh mengenai telefon pintar ini sejurus selepas pelancaran dilakukan.

Selain Vivo, Synaptic turut telah mengumumkan akan memperkenalkan telefon pintar dengan sensor capjari terbina pada skrin di CES.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.