Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor View 10 akan mula dibuka tempahan 8 Januari pada harga RM 2,099

Pada majlis pelancaran Honor 7x di Malaysia, Honor Malaysia telah mengumumkan pelancaran siri baru Honor bagi telefon pintar utama mereka iaitu siri Honor View dan telefon pintar pertama didalam siri ini adalah Honor View 10.

Walaupun pada awalnya Honor View 10 ini dikatakan akan memasuki pasaran tempatan pada 15 Januari, namun ianya akan tiba lebih awal iaitu pada 12 Januari dengan tempahan akan dibuka dari 8 Januari sehingga 10 Januari 2018.

Honor View 10 adalah model Honor V10 ( di pasaran China) dan ianya hadir dengan pemproses Kirin 970 dan skrin paparan yang turut digunakan pada Huawei Mate 10 Pro.

Honor View 10 ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci ( 1080 x 2160 piksel), dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/64GB dan 6GB/128GB ( pasaran Malaysia akan menerima versi 6GB RAM + 12GB ROM).

Bercakap mengenai kamera, Honor View 10 hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 16MP dan sensor hitam putih 20MP. Kamera ini mempunyai aperture f/1.8 namun tiada optik pengstabilan imej dan tidak lupa kamera selfie 13MP dengan aperture f/2.0.

Huawei View 10 juga memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh yang disertakan dengan plak pengecasan pantas 5V/4.5A s( Honor SuperCharge), EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan VoLTE .

Honor View 10 ini akan mempunyai harga penjualan RM 2,099 didalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam dan terdapat hadiah percuma ekslusif bagi yang melakukan tempahan awal ( Huawei Honor Band A2 dan Kad penebusan Final Fantasy bernilai RM 699 – 1,000 pembeli pertama)

Tempahan boleh dilakukan mulai 8 Januari di Lazada Malaysia, Vmall, 11street dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.