Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Bawalah Hiburan Sedunia Bersama Anda Dengan Huawei Media Pad M3 Lite 8-inci

Bawalah Hiburan Sedunia Bersama Anda Dengan Huawei Media Pad M3 Lite 8-inci

Pasaran tablet dunia mungkin sedang merudum dan sebab utama keadaan ini adalah kerana tidak banyak pilihan di pasaran yang menawarkan tablet berspefisikasi baik pada harga yang  berpatutan.

Menyedari keadaan ini, Huawei telah tampil dengan tablet Huawei Media Pad M3 Lite 8.0-inci yang menawarkan pengguna tablet kompak premium pada harga yang berada pada kategori mampu milik terutamanya ketika keadaan ekonomi yang sangat tidak menentu.

Reka Bentuk Premium

Huawei Media Pad M3 Lite ini hadir dengan reka bentuk yang sangat premium khususnya bagi peranti pada harga kurang dari RM 1,000.

Dengan reka bentuk rangka berasaskan keluli dan panel skrin yang rata, Huawei Media Pad M3 Lite ini sudah pastinya memberikan pemilik tablet ini pengalamaan pengunaan yang premium dan selesa sepanjang masa.

Huawei MediaPad M3 Lite ini mempunyai kenipisan 7.5mm dengan berat keseluruhan mencecah 310gram dan tablet ini ditawarkan didalam dua warna yang mememikat iaitu emas dan kelabu.

Skrin paparan IPS 8.0-inci dengan teknologi ClariVu

Peranti Tablet kini adalah medium yang digunakan untuk melakukan kerja dan hiburan tanpa perlu bergantung kepada komputer peribadi yang sudah pastinya mempunyai mobiliti yang terhad.

Untuk menikmati hiburan yang lebih mendalam dan melakukan kerja dengan penuh konsentrasi, memilik skrin paparan yang baik adalah kemestian dan Huawei harus dipuji kerana berjaya menawarkan skrin paparan IPS HD penuh yang mempunyai resolusi 1920 x 1200.

Dengan skrin paparan 8.0-inci yang dimiliki oleh Huawei MediaPad M3 Lite ini, tontonan multimedia atau permainan video adalah sangat terang dengan warna yang amat tepat seperti anda berada didalam adegan. tersebut.

Huawei juga mengambil berat tentang kesejahteraan pemilik sepanjang menggunakan MediaPad M3 Lite ini iaitu dengan penawaran skrin yang mempunyai teknologi ClariVu.

Secara asasnya, teknologi ClariVu meningkatkan perlindungan penglihatan yang mana ianya mampu menapis cahaya biru yang mempunyai potensi merosakkan mata dengan efektif.

Penyertaan teknologi ClariVu pada skrin paparan IPS Huawei MediaPad M3 Lite membolehkan anda menghabiskan masa yang lama bersama tablet tanpa menyebabkan sebarang kesan kepada kesihatan mata anda.

Pembesar suara stereo definisi tinggi HARMAN KARDON dengan Dual Smart PA Chips dan Super Wide Sound (SWS 3.0)

Pelengkap kepada skrin paparan yang baik sudah pastinya adalah pembesar suara yang baik dan Huawei MediaPad M3 Lite juga cemerlang didalam aspek audio ini.

Dengan kerjasama HARMAN KARDON, Huawei MediaPad M3 Lite memiliki dua pembesar suara stereo yang diposisikan pada bahagian atas dan bawah.

Pembesar suara audio Huawei MediaPad M3 Lite memberikan anda efek bunyi yang amat realistik sebagai contoh jika kereta sedang bergerak dari arah kanan ke arah kiri, bunyi stereo MediaPad M3 Lite juga akan beransur-ansur beralih dari pembesar suara kanan ke pembesar suara kiri.

Selain itu, Pembesar stereo MediaPad M3 Lite ini juga memiliki teknologi dalaman Huawei Super Wide Sound (SWS 3.0) yang membolehkan MediaPad M3 Lite mengesan kedudukan tablet dan melaraskan bunyi untuk memberikan output audio yang berkualiti tinggi dan lantang.

Bateri berkapasiti tinggi untuk pengunaan sepanjang hari

Ciri penting yang kritikal didalam pembelian tablet sudah pastinya kapasiti bateri dan Huawei MediaPad M3 Lite hadir dengan bateri berkapasiti 4,800mAh.

Dengan bateri berkapasiti tinggi ini, Huawei MediaPad M3 Lite mampu menemani anda melalui aktiviti harian anda tanpa sebarang masalah iaitu secara kasarnya pengunaan selama 9 jam.

Huawei MediaPad M3 Lite menawarkan pengguna 9 jam tontonan video 1080p, 40 jam pendengaran musik dan waktu sedia sekitar 600 jam.

Microsoft Office Mobile sedia dimuat dalam tablet

Untuk melakukan tugas rasmi, sudah pastinya anda memerlukan aplikasi yang ditawarkan pada Microsoft Office dan Huawei telah berkerjasama dengan Microsoft untuk menawarkan aplikasi Microsoft Office Mobile bagi Huawei MediaPad M3 Lite ini.

Anda tidak perlu melakukan apa-apa bagi menggunakan Microsoft Office Mobile pada MediaPad M3 Lite ini kecuali membuka peranti dan mula menggunakanya.

Antara aplikasi Microsoft Office yang sudah dimuat naik kedalam MediaPad M3 Lite adalah Microsoft Office, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Outlook.

Lebih menarik anda juga boleh meneruskan kerja anda pada peranti lain dengan mendaftar memasukan akaun OneDrive anda.

Teman Setia kanak-kanak dengan Kids Corner

Huawei MediaPad M3 Lite juga hadir dengan mod kids corner yang mana ianya memberikan anak anda akses terhad kepada tablet tanpa mendedahkan kepada bahaya di internet.

Dengan kids corner, anak anda diberikan pendedahkan kepada fungsi seperti perakam, kamera dan lukisan ( disimpan dibahagian multimedia berasingan dengan fail anda).

Kesemua aplikasi ini direka untuk mesra kanak-kanak dan anda juga boleh menetapkan jangka masa anak anda boleh menggunakan tablet ini.

Anda juga boleh menetapkan aplikasi yang anda mahu memberikan akses kepada anak anda dan semua ini boleh dilakukan dibahagian ‘parental control’.

Lakukan dua kerja pada satu masa dengan mod ‘Split Screen’

Tablet adalah peranti yang paling sesuai untuk menggunakan teknologi ‘split-screen’ yang mana anda boleh melakukan dua tugas secara serentak pada skrin.

Fungsi ini sudah pastinya amat berguna bagi mereka yang mahu melakukan kerja sambil menikmati hiburan di YouTube ataupun melihat perkembangan terbaru rakan mereka di media sosial seperti Facebook ataupun Instagram.

Lain-lain

Huawei MediaPad M3 Lite juga memiliki sensor capjari pelbagai fungsi yang menawarkan pelbagai fungsi sampingan seperti butang navigasi maya, teknologi Wifi ac dan LTE Cat.4 yang menawarkan fungsi pelayaran internet dan pada masa yang sama membuat panggilan tanpa sebarang gangguan kualiti.

Huawei MediaPad M3 Lite juga memiliki kamera utama 8MP dengan pemfokusan auto selain kamera selfie 8MP.

Huawei MediaPad M3 Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 999 dan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas.

Setiap pembelian Huawei MediaPad M3 Lite juga akan menerima satu unit cover kulit pintar bagi melindungi peranti anda selain mempunyai fungsi sebagai pemegang peranti didalam mod landskap dan menyambungkan papan kekunci dan papan tetikus untuk melakukan kerja walaupun jauh dari tempat kerja.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.