Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus diumumkan secara rasmi
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi 5 dan Redmi 5 Plus di pasaran China dan telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk skrin Fullview yang menjadi trend hangat dipasaran.
Bercakap mengenai Xiaomi Redmi 5, ianya hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 5.7-inci iaitu dengan resolusi HD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 450 berkelajuan 1.8GHz, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 2GB/16GB dan 3GB/32GBÂ ( masih ada slot microSD).
Selain itu, Xiaomi Redmi 5 juga hadir dengan kamera utama 12MP selain kamera selfie 5MP yang mana kedua-dua sensor ditemani dengan flash LED. Redmi 5 ini juga hadir dengan sensor capjari, bateri berkapasiti 3,300mAh dan MIUI 9 yang berasaskan Android 7.1.2 Nougat.
Beralih kepada Redmi 5 Plus pula, ianya memiliki skrin paparan Fullview 18:9 berukuran 5.99-inci dengan resolsui Full HD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 625, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB.
Selain itu, Redmi 5 Plus juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh namun spesifikasi lain seperti sensor kamera, sensor capjari dan versi Android adalah sama seperti Redmi 5.
Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus akan hadir didalam warna hitam, biru, merah jambu dan emas mulai 12 Disember ( di China buat masa ini) dengan harga penjualan seperti berikut :
Xiaomi Redmi 5 2GB/16GB : CNY 799 – RM 493
Xiaomi Redmi 5 3GB/32GB : CNY 899 – RM 554
Xiaomi Redmi 5 Plus 3GB/32GB : CNY 999 – RM 616
Xiaomi Redmi 5 Plus 4GB/64GB : CNY 1,299 – RM 801
Xiaomi Redmi 5