Oppo F5 6GB akan dilancarkan secara rasmi 6 Disember ini
Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo F5 6GB RAM akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 6 Disember ini.
Oppo Malaysia telah menghantar jemputan media kepada kami dan pelancaran Oppo F5 6GB ini akan berlangsung dengan kerjasama swarovski.
Oppo F5 ini hadir skrin paparan Fullview FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses Helio P23, kamera selfie 20MP dengan teknologi AI Beauty, kamera utama 16MP dan bateri berkapasiti 3,200mAh.
Perbezaan utama Oppo F5 yang baru ini dengan Oppo F5 yang biasa adalah dari segi kapasiti RAM dan ROM dimana model ini akan memiliki 6GB RAM dengan 64GB ROM manakala model Oppo F5 yang biasa hanya memiliki 4GB RAM dan 32GB ROM.
Selain itu, Oppo F5 6GB ini hanya akan hadir didalam satu pilihan warna iaitu warna merah.
Tempahan bagi Oppo F5 6GB ini akan dibuka pada hari yang sama iaitu 6 Disember dan 1000 pembeli pertama yang membuat tempahan akan menerima hadiah misteri daripada Oppo Malaysia.