Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Malaysia bakal membuka kiosk konsep di Sunway Pyramid Pada 18 November ini

Jenama telefon pintar Nubia yang memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa bulan laluĀ akan membuka satu kiosk konsep di pusat membeli belah Sunway Pyramid pada 18 November ini.

Sempena meraikan pembukaan kiosk konsep Nubia ini, Nubia Malaysia akan menawarkan diskaun dan hadiah percuma bernilai sehingga RM 300 bagi pembelian telefon pintar baru jenama Nubia.

Antara model telefon pintar yang akan ditawarkan pada harga istimewa adalah Nubia Z7 Mini, Nubia M2, Nubia M2 Lite, Nubia M2 Play dan Nubia N1 Lite.

Selain itu, Nubia Malaysia juga telah mengumumkan akan membuka pra-tempahan bagi Nubia Z17s mulai 16 November ini sehingga 25 November di stor atas talian rasmi dan juga melalui DirectD.

Nubia Z17s ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.73-inci, pemproses Snapdragon 835, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman. spesifikasi penuh Z17s boleh diketahui di sini.

Nubia Z17s ini akan hadir dengan harga penjualan RM 2,599 dan hanya ditawarkan didalam warna biru aurora.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.