Oppo F5 akan memiliki teknologi pengecaman wajah yang pantas
Telefon pintar Oppo yang pertama dengan skrin paparan 18:9 iaitu Oppo F5 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 2 November ini.
Selain memiliki skrin paparan ‘FullView’ yang merupakan ciri popular di pasaran, Oppo F5 juga akan hadir dengan teknologi keselamatan biometrik yang berasaskan pengecaman wajah.
Disebabkan pengunaan skrin paparan FullView, Oppo telah membuat keputusan untuk mengalihkan sensor capjari Oppo F5 ke bahagian belakang selain penawaran teknologi pengecaman wajah ini.
Tidak seperti pada Apple iPhone X, Pengecaman wajah Oppo F5 dijangka lebih pantas tanpa sebarang masalah pengecaman.
Walaupun menawarkan ciri pengecaman wajah, pengguna Oppo F5 juga boleh menggunakan sensor capjari, katalaluan corak ataupun katalaluan biasa.
Oppo F5 yang akan dilancarkan ini akan turut memasuki pasaran sebagai telefon pintar pro selfie dan ianya akan mempunyai beberapa artis popular sebagai duta.