UberEATS dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Uber secara rasminya telah melancarkan UberEATS ke pasaran Malaysia yang mana ianya membolehkan anda menikmati juadah makanan dari restoran-restoran terpilih di Lembah Klang.
UberEATS tiba ke pasaran Malaysia selepas dilancarkan di lebih 27 negara dengan 100 bandar seluruh dunia kini menawarkan perkhimatan ini.
Mulai 21 September 2017, rakyat Malaysia boleh mula memesan makanan tengari, makan malam mahupun sarapan pagi melalui aplikasi UberEATS yang sedia untuk muat turun melalui di Play Store mahupun di Apple Store.
Dengan menggunakan teknologi Uber, UberEATS membolehkan anda menikmati makanan kegemaran anda tanpa perlu anda keluar dari rumah anda.
Sebagai permulaan UberEATS akan ditawarkan di bandar Kuala Lumpur, Bangsar dan Damansara Heights dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.
Tempahan melalui UberEATS akan dikenakan caj penghantara tetap RM 5 tanpa jumlah tempahan minima dan UberEATS juga berkerjasama dengan JAKIM untuk memastikan status Halal makanan yang ditempah ( waktu penghantarn sekitar 35 minit).
Sebanyak 200 restauran telah dipilih sebagai rakan UberEATS KL dan pembayaran boleh dilakukan melalui kad kredit atau debit ( pembayaran tunai mungkin ditawarkan tidak lama lagi).
Muat turun aplikasi UberEATS dan masukkan kod promosi KLTASTY untuk menikmati penghantaran percuma bagi tiga tempahan pertama( sah sehingga 21 Oktober 2017).
#UberEATSKL