Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P10 Plus dan Huawei Mate 9 Pro kini hadir dengan rebat sebanyak RM 300

Huawei P10 Plus dan Huawei Mate 9 Pro kini hadir dengan rebat sebanyak RM 300 1

Huawei Mobile Malaysia telah mengumumkan bahawa Huawei P10 Plus dan Huawei Mate 9 Pro kini hadir dengan rebat istimewa bernilai RM 300 dan rebat ini boleh dinikmati oleh pembeli yang membeli mana-mana unit Huawei yang disebutkan di atas dari 1 September sehingga 30 September 2017.

Huawei P10 Plus yang memiliki harga penjualan RM 3,099 akan ditawarkan pada harga RM 2,799 manakala Huawei Mate 9 Pro pula akan ditawarkan pada harga RM 2,999 berbanding harga asal RM 3,299.

Rebat istimewa ini ditawarkan kepada pengguna sempena meraikan kejayaan pasukan Malaysia memecah rekod pungutan terbanyak pingat emas di Sukan SEA yang berlangsung di Malaysia.

Pungutan 145 pingat emas telah meletakkan Malaysia sebagai juara keseluruhan bagi temasya sukan dwi-tahunan ini.

Promosi Huawei P10 Plus dan Huawei Mate 9 Pro ini boleh dinikmati di kesemua wakil penjual sah produk Huawei diseluruh negara.

baca ulasan kamera Huawei P10 Plus di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.