Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Weloop Hey 3S dan XH3 kini di Malaysia – hanya dari RM 399

Jam Pintar Weloop Hey 3S dan XH3 kini di Malaysia - hanya dari RM 399 1

Olike yang merupakan syarikat penjual aksesori telefon pintar di Malaysia kini secara rasminya telah membawa masuk jam pintar kecergasan Hey 3S dan XH3 yang dikeluarkan oleh Weloop.

Hey 3S merupakan jam pintar kecergasan yang memiliki skrin paparan berwarna, GPS + GLONASS, kalis air sehingga 50m, perekod degupan jantung, perekod langkah, perekod jarak dan dengan jangka hayat bateri sehingga 30 hari dengan satu pengecasan penuh ( 20 jam pengunaan GPS).

Hey 3S juga mempunyai fungsi merekod tidur anda secara automatik, notifikasi pintar, id pemanggil dan penggera kecemasan apabila telefon pintar anda terlalu jauh dari jarak bluetooth jam pintar.

Jam Pintar Weloop Hey 3S dan XH3 kini di Malaysia - hanya dari RM 399 2

Hey 3S hadir dengan harga penjualan RM 499 dan ditawarkan didalam warna hitam dengan dua warna tali iaitu merah dan hijau.

Bercakap mengenai jam pintar Welopp XH3 pula, ianya  jam pintar yang juga mempunyai sokongan rakaman degupan jantung, notifikasi permesejan, kalis air 50 meter dan merekod aktiviti seperti berenang, berlari, berbasikal dan banyak lagi.

Jam Pintar Weloop Hey 3S dan XH3 kini di Malaysia - hanya dari RM 399 3

Weloop XH3 hadir dengan harga penjualan RM 399 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan merah.
Kedua-dua jam pintar ini boleh dibeli melalui stor atas talian Olike dan juga melalui kedai konsep Oppo Malaysia diseluruh negara mulai 31 Ogos ini.

Jam Pintar Weloop Hey 3S dan XH3 kini di Malaysia - hanya dari RM 399 4 Jam Pintar Weloop Hey 3S dan XH3 kini di Malaysia - hanya dari RM 399 5

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.