Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anda kini boleh dapatkan Huawei P10 Plus didalam warna emas ros

Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa warna emas ros bagi Huawei P10 Plus akan mula ditawarkan di pasaran tempatan mulai 4 Ogos ini.

Huawei P10 Plus didalam warna edisi terhad ini akan ditawarkan pada harga penjualan yang sama seperti warna lain iaitu RM 3,099 dan ianya akan ditawarkan di stor rasmi Huawei diseluruh negara.

Warna emas ros ini sudah pastinya akan menjadi warna pilihan golongan feminin dan ianya juga sesuai untuk dibuat sebagai hadiah kepada kekasih ataupun isteri kesayangan.

Huawei P10 Plus dan Huawei P10 telah memasuki pasaran Malaysia beberapa bulan lalu dan inya hadir dengan teknologi kamera berkembar yang dihasilkan melalui kerjasama ekslusif Huawei dan Leica.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.