Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Apple iPhone 8 tidak akan ditunda namun kuantiti akan terhad

Pelancaran Apple iPhone 8 tidak akan ditunda namun kuantiti akan terhad 1

Pelancaran Apple iPhone 8 tidak akan ditunda namun kuantiti akan terhad 2

Penganalisa JPMorgan meramalkan bahawa telefon pintar Apple iPhone edisi khas sempena ulang tahun ke-10 iPhone iaitu iPhone 8 akan dilancarkan pada masa yang sama seperti dua model iPhone ( iPhone 7s dan iPhone 7s Plus) dan penjualan akan bermula pada pertengahan bulan September.

Walaubagaimanapun, stok bagi Apple iPhone 8 ini dilihat tidak akan mencukupi dan mungkin sukar untuk dibeli.
Didalam satu laporan kepada pelabur, Rod Hall merupakan penganalisa JPMorgan berkata jumlah kecil iPhone 8 akan ditawarkan pada bulan September dengan produksi akan ditingkatkan pada bulan Oktober sebelum permintaan pasaran dipenuhi bermula bulan November.

JPMorgan juga meramalkan iPhone 8 akan mempunyai harga penjualan yang tinggi kerana terdapat banyak ciri baru seperti skrin paparan OLED, pengecasan tanpa wayar, pengesan wajah yang telah meningatkan kos pengeluaran.

JPMorgan berkata Apple iPhone 8 akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari $1,100 iaitu $100 lebih tinggi berbanding harga sebelum ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.