Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 5 diumumkan secara rasmi – 8GB RAM dan Snapdragon 835

OnePlus 5 diumumkan secara rasmi - 8GB RAM dan Snapdragon 835 1

OnePlus 5 diumumkan secara rasmi - 8GB RAM dan Snapdragon 835 2

Seperti yang disahkan sebelum ini, OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar utama terbaru mereka iaitu OnePlus 5 dan peranti ‘flagship killer’ ini hadir dengan sokongan hampir 34 jalur telekomunikasi diseluruh dunia.

Berikut adalah spesifikasi yang dimiliki oleh OnePlus 5

  • skrin paparan optic AMOLED 5.5-inci (401ppi), DCI-P3, Corning Gorilla Glass 5 (2.5D)
  • pemproses Qualcomm Snapdragon 835
  • RAM :  6/8GB LPDDR4X
  • ROM : 64/128GB UFS 2.1 2-LANE ( tiada slot microSD)
  • Bateri 3300 mAh (teknologi Dash Charge (5V 4A))
  • USB-C, NFC, Bluetooth 5.0, Dwi-SIM Nano

OnePlus 5 diumumkan secara rasmi - 8GB RAM dan Snapdragon 835 3

OnePlus 5 juga hadir dengan pemfokusan kepada penawaran teknologi fotografi yang terbaik dan dengan itu ianya hadir dengan kamera dwi-lensa yanga mana ianya menawarkan kualiti pengambilan gambar cahaya malap yang terbaik.

OnePlus 5 memiliki kamera berkembar dibahagian belakang 16MP Sony IMX 398 selain kamera telefoto 20MP Sony IMX 350. kamera ini mampu mengambil gambar potrait dan menawarkan pemfokusan pantas yang 40% lebih pantas berbanding sebelumnya. Kamera selfie OnePlus 5 adalah unit kamera 16MP yang turut dibekalkan oleh Sony

Berikut adalah harga penjualan OnePlus 5 :
OnePlus 5 6GB/64GB $480
OnePlus 5 8GB/128GB $540

OnePlus 5 akan ditawarkan didalam dua warna dan bagi pasaran tempatan ianya mungkin memasuki pasaran Malaysia sebelum penghujung tahun ini.

OnePlus 5 diumumkan secara rasmi - 8GB RAM dan Snapdragon 835 4 OnePlus 5 diumumkan secara rasmi - 8GB RAM dan Snapdragon 835 5

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.