Huawei Honor 9 akan dilancarkan secara rasmi 12 Jun ini
Jenama sampingan Huawei iaitu Honor secara rasminya akan melancarkan telefon pintar utama mereka yang terbaru di China pada 12 Jun ini.
Pelancaran Huawei Honor 9 akan berlangsung kira-kira dua bulan selepas Huawei Honor 8 Pro atau V9 di China dilancarkan.
Honor 9 dilaporkan akan mengekalkan pengunaan chasis yang sama seperti pada generasi sebelumnya dengan kebanyakkan perubahan adalah dari segi dalaman.
Huawei Honor 9 dijangka akan memiliki skrin paparan 1080p berukuran 5.15-inci namun teknologi gelas yang digunakan untuk melapisi skrin ini dikatakan merupakan gelas 3D dan bukanya 2.5D.
Selain itu, Honor 9 akan hadir dengan pemproses Hisilicon Kirin 960, bateri sekitar 3,100mAh, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB dan dua kapasiti ROM iaitu 64GB dan 128GB.
Honor 9 juga akan mengekalkan pengunaan kamera berkembar dibahagian belakang iaitu unit 20MP selain unit kamera monokrom 12MP manakala kamera selfie kekal pada 8MP.
Pelancaran Honor 9 ini akan berlangsung didalam masa 10 hari sahaja lagi dan ketika itu kita akan menerima kesemua maklumat rasmi mengenai peranti baru Honor ini.