Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia XZs dan XA1 kini boleh dipratempah di Malaysia dengan harga bermula dari RM1199

Sony Xperia XZs dan XA1 kini boleh dipratempah di Malaysia dengan harga bermula dari RM1199

Sony Malaysia telah memperkenalkan dua buah telefon pintar untuk pasaran tempatan yang baru ditunjukkan di acara Mobile World Congress, iaitu Sony Xperia XZs dan XA1.

Kedua-dua peranti ini kini boleh dipra-tempah secara atas talian di 11street serta kedai-kedai Sony Mobile Store dan Sony Centre yang terpilih bermula 29 Mac sehingga 9 April.

Para pelanggan yang menempah peranti Xperia XZs akan menerima fon kepala Bluetooth Sony SBH80, pengecas pantas UCH12W, kerangka silikon lutsinar dan juga kaca pelindung skrin yang bernilai sebanyak RM697!

Bagi pra-tempahan peranti Xperia XA1, penempah akan menerima dok pengecas DK60, kerangka silikon lutsinar dan kaca pelindung skrin yang bernilai RM268.

Sony Xperia XZs ini hadir dengan skrin 5.2 inci paparan HD penuh, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4GB, storan 64GB, kamera belakang 19MP, kamera hadapan 13MP serta bateri bersaiz 2,900 mAh. Ia turut dilengkapi pengimbas capjari pada butang Power.

Xperia XZs ini dijual di Malaysia pada harga RM2,899 dengan penawaran pilihan warna biru, hitam dan perak.

Xperia XZs ini juga datang dengan sokongan kalis air serta debu IP68. Penawaran baru yang menarik untuk peranti ini adalah ia boleh merakamkan video slow motion 960fps.

Telefon pintar Xperia XA1 pula mempunyai skrin 5 inci paparan 720p, pemproses Mediatek Helio P20, RAM sebesar 3GB, ruangan storan 32GB, kamera belakang 23MP, kamera hadapan 8MP dan bateri berkapasiti 2,300 mAh.

Ia terdapat empat pilihan warna iaitu putih, hitam, emas dan pink. Harga runcit untuk Xperia XA1 ini adalah RM1,199.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.