Redmi Note 4X dikesan di SIRIM
Redmi Note 4X dikesan di SIRIM
Sebelum ini, terdapat satu gambar Redmi Note 4X tertiris di internet pada bulan lalu. Baru-baru ini, sebuah peranti Xiaomi baru telah dikesan di SIRIM Malaysia.
Peranti yang bersiri 2016102 ini kemungkinan besar adalah Redmi Note 4X!
Mengikut berita terkini, Redmi Note 4X ini dijangka akan ditawarkan dalam beberapa pilihan memori seperti berikut:
- 3GB RAM + 32GB ROM
- 3GB RAM + 64GB ROM
- 4GB RAM + 32GB ROM
- 4GB RAM + 64GB ROM
Desas-desus yang terbaru mengatakan bahawa Redmi Note 4X ini akan hadir dengan penawaran pemproses Snapdragon 653.