Asus Zenfone 3 Max 5.5 inci kini dijual di Malaysia pada harga RM999
Asus Zenfone 3 Max 5.5 inci kini dijual di Malaysia pada harga RM999
Asus Malaysia telah memperkenalkan sebuah telefon pintar baru untuk keluarga Asus Zenfone 3 iaitu Zenfone 3 Max yang hadir dengan skrin 5.5 inci.
Peranti ini menawarkan skrin 5.5 inci dengan paparan HD Penuh dan kaca 2D. Ia dijanakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 430 dengan memori 3GB RAM dan 32GB ruangan storan yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 16 megapixel dengan teknologi TriTech Auto Fokus serta EIS. Kamera depan pula dilengkapi sensor 8MP. Bateri peranti ini bersaiz 4,100 mAh. Ia juga menpunyai pengimbas capjari di bawah kamera belakang.
Zenfone 3 Max ini kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM999. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Asus Malaysia.